Skip to content

Terms & Conditions

TERMS AND CONDITIONS FOR MYPAL

MyPAL acts as a convenience line of RM200 that is available to Money Box Accountholders (“the Accountholder”). MyPAL is effective when it is electronically linked to the Accountholder’s Money Box Deposit Account (“the Account”) successfully.

1. Product Features
  1.1 The Accountholder can access MyPAL multiple times in one (1) day up to the limit of RM200 (“the Limit”) via all normal withdrawal channels as set out by the Terms and Conditions for the Account.
  1.2 The Account shall be automatically blocked at the end of the day when MyPAL is utilised. The Accountholder shall be blocked from performing any debit transactions until the repayment has been made. A SMS notification will be sent to the Accountholder's last known mobile number to remind them of:
  1. The amount owed under MyPAL;
  2. The date of the MyPAL transaction(s); and
  3. The due date for the repayment of MyPAL.
  1.3 The Accountholder agrees to repay MyPAL within three (3) days from the transaction(s) date.
  1.4 Repayment of the amount owed shall be reflected in the Account on the same day repayment is made and the Account will be unblocked the following day. In the event that repayment is made on the same day MyPAL was utilised, the Account will not be blocked.
 
2 Application
  2.1 Application for MyPAL can be submitted by the Accountholder through the online prescribed e-application form provided by the Bank via Hong Leong Connect or any other channels as deemed suitable by the Bank.
 
3. Eligibility
  3.1 All Money Box Accountholders who are Malaysian citizens between the ages of 21 to 55 years old with a minimum annual income of RM24,000.00 are eligible for MyPAL
 
4. Termination of MyPAL 
  4.1 The Accountholder can choose to terminate MyPAL via Hong Leong Connect at any point of time provided the Account is on a credit balance and free from any earmarking on the Account.
 
5. Terms & Conditions
  5.1 A convenience fee of RM15.00 will be charged for each usage of MyPAL.
  5.2 The Accountholder can view their MyPAL transactions via the Money Box Statement of Account and/or Hong Leong Debit Card Statement.
  5.3 In the event the Account does not have sufficient funds to effect any Standing Instruction from the Account, the Accountholder agrees that part of/the whole of the MyPAL will be utilised to facilitate such Standing Instruction accordingly.
  5.4 Any notification from the Bank to the Accountholder(s) may be given in any of the following manner:
  1. By ordinary post or registered post or courier or by hand sent to or left at the Accountholder's last known address registered with the Bank and shall be deemed to be received by the Accountholder within three (3) Business Days from posting if sent by ordinary post or registered post and within two (2) Business Days from sending if by courier or upon acknowledgement of receipt if by hand; or
  2. By general notice in one major newspaper or posted at Mach by Hong Leong or Hong Leong Bank/Hong Leong Islamic Bank branch premises or on visual screen through a computer or on visual terminal or at its website "www.machbyhongleongbank.com" and the notice shall be deemed to have been sent or effective from the date of such notice is made available or the date specified in the notice.
 

Terma-Terma & Syarat-Syarat

TERMA DAN SYARAT UNTUK MYPAL

MyPAL adalah talian kemudahan bernilai RM200 yang tersedia untuk Pemegang Akaun Money Box (“Pemegang Akaun”). MyPAL akan berkuat kuasa apabila ia berjaya dihubungkan secara elektronik ke Akaun Deposit Money Box Pemegang Akaun (“Akaun”).

1. Ciri-ciri Produk
  1.1 Pemegang Akaun boleh mengakses MyPAL beberapa kali dalam masa satu (1) hari sehingga mencapai had RM200 (“Had”) melalui semua saluran pengeluaran biasa sebagaimana dinyatakan oleh Terma dan Syarat untuk Akaun.
  1.2 Akaun akan disekat secara automatik pada akhir hari apabila MyPAL digunakan. Pemegang Akaun juga akan disekat daripada melakukan sebarang transaksi debit sehingga pembayaran balik telah dibuat. Pemberitahuan SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit Pemegang Akaun yang terakhir diketahui untuk mengingatkan mereka mengenai:
  1. Amaun terhutang di bawah MyPAL;
  2. Tarikh transaksi MyPAL; dan
  3. Tarikh perlu dibayar untuk pembayaran balik MyPAL.
  1.3 Pemegang Akaun bersetuju untuk membayar balik MyPAL dalam masa tiga (3) hari dari tarikh transaksi.
  1.4 Pembayaran balik amaun yang terhutang akan dinyatakan di dalam Akaun pada hari yang sama pembayaran balik dilakukan dan Akaun akan dibuka sekatannya pada keesokan hari. Jika pembayaran balik dilakukan pada hari yang sama dengan penggunaan MyPAL, Akaun tidak akan disekat.
 
2 Permohonan
  2.1 Permohonan untuk MyPAL boleh diserahkan oleh Pemegang Akaun melalui borang permohonan-e yang disediakan atas talian oleh Bank melalui Hong Leong Connect atau sebarang saluran lain yang dianggap sesuai oleh Bank.
 
3. Kelayakan
  3.1 Semua Pemegang Akaun Money Box yang merupakan warga Malaysia yang berumur di antara 21 hingga 55 tahun layak untuk mendapatkan MyPAL.
 
4. Penamatan MyPAL
  4.1 Pemegang Akaun boleh memilih untuk menamatkan MyPAL melalui Hong Leong Connect pada bila-bila masa tertakluk bahawa Akaun berada pada baki kredit dan bebas daripada sebarang tandaan ke atas Akaun.
 
5. Terma & Syarat
  5.1 Yuran kemudahan sebanyak RM15.00 akan dicaj untuk setiap penggunaan MyPAL.
  5.2 Pemegang Akaun boleh menyemak transaksi MyPAL mereka melalui Penyata Akaun Money Box dan/atau Penyata Kad Debit Mach Hong Leong
  5.3 Jika Akaun tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk melaksanakan sebarang Arahan Tetap daripada Akaun, Pemegang Akaun bersetuju bahawa sebahagian / keseluruhan MyPAL akan digunakan untuk melaksanakan Arahan Tetap tersebut.
  5.4 Sebarang makluman dari Bank kepada Pemegang Akaun mungkin diberikan melalui mana-mana cara berikut:
  1. Melalui pos biasa atau pos berdaftar atau kurier atau serahan tangan dihantar ke atau ditinggalkan di alamat terakhir Pemegang Akaun yang diketahui sebagaimana didaftarkan dengan Bank dalam masa tiga (3) Hari Perniagaan dari pengeposan jika ia dihantar melalui pos biasa atau pos berdaftar, dan dalam masa dua (2) Hari Perniagaan jika ia dihantar melalui kurier atau selepas pengesahan penerimaan jika dihantar melalui serahan tangan; atau
  2. Melalui notis umum di dalam salah satu akhbar utama atau dipaparkan di Mach atau premis cawangan Hong Leong Bank/Hong Leong Islamic Bank atau pada skrin visual melalui komputer atau terminal visual atau di laman sesawang “www.machbyhongleong.com.my” dan notis akan dianggap telah dihantar atau berkuatkuasa dari tarikh notis tersebut disediakan atau pada tarikh yang dinyatakan dalam notis tersebut.